Sunday, January 31, 2010

Sempat bertemu sahabat lama, Ramboo, beliau adalah anak peneroka Felda Air Tawar 4, yang telah di ugut oleh pengurusan untuk dikenakan sejumlah wang yang banyak sekiranya meninggalkan Felda, sempat berbincang dengan sdr Mazlan seketika untuk mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar dapat dikumpulkan peneroka-peneroka Felda Air Tawar 4 yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan pengurusan untuk diadakan dialog agar dapat penjelasan yang sejelas-jelasnya tentang angkara jahat Felda, yang menggembirakan saya beliau telah mengisi borang menjadi ahli Pas..Allah pertemukan kita dalam perjuangan sebenar...Tahniah..

Hj Zulkefly menjelaskan dimana-mana negeri yang di pimpin oleh UMNO, keadaannya cukup menyedihkan, rakyat semakin susah tetapi pemimpin hidup mewah. beliau mendapat laporan ada ibubapa bergadai tanah untuk menyekolahkan anak-anak. adalah lebih malang lagi ada yang terpaksa meminjam ALONG untuk membayar berbagai-bagai yuran sekolah. Rakyat mesti berani berubah untuk PRU yang akan datang...

Ceramah di teruskan oleh Sdr Mazlan Aliman, AJK Pas Pusat, Presiden ANAK, sebelum sampai ke Tebrau, beliau bersama rombongan telah singgah di beberapa kawasan dinegeri johor yang bermasalah didalam pemerintahan UMNO/BN, akan membuat laporan polis berkaitan dengan penjualan pasir silika ke singapura, beberapa kenyataan yang berbeza oleh pemimpin UMNO, yang pastinya pasir telah terjual dan disebalik itu siapakah yang bertanggungjawab atas perkara ini semenjak sekian lamanya yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit. Beliau berharap setelah laporan polis dibuat, pihak polis mesti menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi siapakah pemimpin UMNO ini.

Ceramah Mazlan Aliman & Hj Zulkefly Mohd Omar


Program ceramah di mulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ydp Pas Kaw Tebrau, Ust Khirul Muntanazar Ismail yang banyak menyentuh perjuangan yang di bawa oleh Pas Semata-mata mengajak umat Islam memahami perjuangan yang di bawa oleh Nabi Muhamad S.A.W. Pemerintahan UMNO di Johor khususnya telah banyak memberikan kerosakkan di atas mukabumi Allah ini. Umat Islam harus sedar perkara ini dan memikirkan langkah yang terbaik untuk memilih pemimpin di masa akan datang.

Friday, January 29, 2010

CERAMAH UMUM

SDR MAZLAN ALIMAN.
AJK PAS PUSAT

YB ISKANDAR
EXCO NEGER SELANGOR

SDR ZULKEFLY OMAR
PESURUHJAYA NEGERI SEMBILAN

PADA :AHAD
31HB JAN 2010

JAM 9.00MALAM

MARKAZ PAS KAWASAN TEBRAU
NO 26, JALAN BACANG 9,
TAMAN KOTA MASAI

SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR

Saturday, January 16, 2010

Usrah Pas Caw Tmn Kota Masai 1 (PCTKM1)

Usrah PCTKM 1 brtempat di Pasti Al Irfan 4, no 36 jln nenas 10, tkm, ana xde dlm gmbr pd. mlm ni Ust Khir x dpt hadir, jd ana kena bawa usrah smbil membincangkan beberapa pekara penting, syabas kpada semua shbt2 yg masih lg istiqamah dlm perjuangan Islam..

ceramah Ust Shahrir Long

trimakasih kpd pimpinan(Ust Khir-yg berserban) serta shbt2 pejuang Pas Tebrau yg tlh sama2 menjayakan ceramah pd mlm tersebut. syukran...

ceramah ust Shahrir Long di Markaz Pas Kawasan Tebrau, Jln Bacang, Tmn Kota Masai, tugasan pertama ana memegang lujnah penerangan Pas Kaw Tebrau,