Thursday, February 4, 2010

Gambar-gambar

Untukmu Muhyidin.... Inilah yang pertama dan yang terakhir kehadiranmu di bumi Tebrau.. kerana selepas ini Pakatan Rakyat akan memerintah bumi Malaysia..Allahuakbar!!!
Tersungkur panji BN melambangkan tersungkurnya Kerajaan BN pd PRU yang akan datang
1Malaysia gagal di Tmn Kota Masai

Mempergunakan pelajar-pelajar sekolah, politik murahan UmNo
Kenderaan Kementerian Penerangan
Bendera-bendera UmNo Dan BN memenuhi setiap ruang dalam kawasan sekolah

Muhyidin Yasin berpolitik di Sekolah Men Tmn Kota Masai 2


Muhyidin Yasin yang dijadualkan tiba jam 2.00 petang untuk merasmikan Sek Men Tmn Kota Masai 2, terlewat hingga jam 3.15 petang, pelajar-pelajar sekolah diarahkan berbaris menanti kehadiran beliau ddi tengah-tengah panas terik matahari, sehingga seorang pelajar tingkatan 1, Nurakilah Adenan jatuh pitam, tiada unit perubatan yang datang membantu. Difahamkan dalam program tersebut banyak kerusi-kerusi yang kosong, dan sebahagian besar yang hadir adalah dari kalangan murid-murid dan guru-guru sekolah yang berhampiran. dalam ucapannya banyak menyentuh isu-isu politik. kelihatan sebahagian kecil kaum India dan Cina yang hadir, ternyata konsep 1Malaysia di Tmn Kota Masai GAGAL!

Wednesday, February 3, 2010

Gara-gara Muhyiddin nak datang ke Tmn Kota Masai



Esok 4hb februari, di khabarkan akan ada orang besar nak datang ke sini, maka mula sibuklah segala persiapan dibuat, jalan bertar baru, pekerja bertungkus lumus menyiapkan dewan dan gerai makan, projek sekolah agama yang terbengkalai hampir 2 tahun telah dimulakan projeknya.. masjid buat gotong-royong (tapi yang datang tak sampai 10 orang) bangunan kemas di kemas, sepanjang jalan menuju sekolah Menengah Tmn Kota Masai 2 penuh dgn banner dan bendera bergantungan di tiang.., terimakasih kepada mereka yang tolong tanggalkan poster ceramah Sdr Mazlan Aliman yang lalu kerana takut orang besar-besar nanti tau kat sini ada Pas... Memang Pas Kota Masai kuat, di terajui oleh Ulama Pusat, Ramai petugas yang boleh di kerah, ramai yang sokong dari belakang..
Tajuk program pemimpin bersama rakyat, tapi kenapa perlu di sekolah? mengambil kesempatan nak rasmi sekolah..., sebab kalau buat kat tempat lain confirm....,tak da orang..., dan dengar khabarnya nak pecah tanah buat masjid baru peruntukan 2 juta..., Cerita pasal peruntukan 2 juta ni..dari tahun 2004 lagi kata dah ada peruntukan, tapi mana perginya peruntukan tersebut?
Seluruh penduduk Islam Kota Masai di bohongi oleh Pemimpin UMNO dan pengikut-pengikutnya.. kita tunggu dan lihat...