Tuesday, April 20, 2010

Blog pribadi mewakili Lujnah Penerangan Pas Kawasan Tebrau

Untuk makluman semua, blog ini dihasilkan untuk memberi maklumat sebenar yang berlaku di seluruh Parlimen 158 Tebrau, yang tiada dalam tv1, tv2, tv3 mau pun mana-mana tv sekalipun, mungkin dapat memberi gambaran sebenar keadaan yang berlaku dalam kawasan Tebrau di bawah pimpinan umno setelah sekian lama, merupakan blog peribadi mewakili Pas Kawasan Tebrau, ana agak lambat up date blog ini kerana bebanan tanggungjawab yang banyak, doakan ana terus memeriahkan dunia blogger bukan mengejar glamour..ana tidak memasukkan berita-berita nasional kerana ianya dah banyak terdapat di laman-laman web yang lain, teruskan membaca jangan jemu..

Monday, April 12, 2010

UMNO BERLUMBA-LUMBA MENDIRIKAN MASJID TAPI MENOLAK HUKUM ALLAH

SETELAH diumumkan kota masai mendapat peruntukan RM4.5juta untuk membina masjid baru, maka semua pemimpin dan ahli UMno kota masai gembira sakan, buat kenduri kesyukuran, baguslah tu.., tapi yang amat menyedihkan mereka berlumba-lumba untuk mendirikan masjid tapi setelah lebih 52 tahun memerintah terus-terusan menolak hukum Allah, pemimpin bersilih ganti tapi semakin jauh dari Islam.

Firman Allah swt,
Maksudnya:
"Sebenarnya hukum (undang-undang) hanyalah bagi Allah, Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia, Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui."

(Surah Yuusuf, ayat 40)

Adakah pemimpin dan penyokong UMNO tidak mengetahui, tentang perkara ini? Allah swt meWAJIBkan pemerintah melaksanakan apa sahaja yang diturunkan kepada mereka, dan melarang mengambil sumber lain sebagai sumber hukum.
Hal ini di tekankan oleh Allah swt dalam Al-Quran:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah di turunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang-orang yang kafir."

(Surah Al-Maidah ayat 44)


Maksudnya:
"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

(Surah Al-Maidah ayat 45)

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik."

(Surah Al-Maidah ayat 47)

Jelas di sini hukuman Allah kepada mereka yang meneruskan undang-undang penjajah dan menolak hukum Allah. Perkara ini selalu juga disentuh para-para ustaz dalam kuliah-kuliah di masjid-masjid dan juga ceramah-ceramah agama. Mereka (UMNO) "angguk-angguk" macam faham tapi bila tiba pilihanraya mereka (UMNO) "geleng-geleng" untuk memilih calon Pas yang ingin memertabatkan undang-undang Islam.
Kepada ahli-ahli UMNO yang masih karat biru.., pintu taubat masih terbuka luas... insaflah bahawa kita langsung tiada daya upaya, kita seharusnya malu kepada Allah, udara yang kita sedut, rezki yang kita makan dan segala nikmat yang kita perolehi adalah datangnya dari Allah, tapi kamu bersekongkol dengan pemimpin zalim.